Meh sini nak citer sikit pasal
diri saya ni. Kalo korang nak kenal, explore ler homepage yg tak seberapa ni. Nama yang ma ngan abah bagi, NOOR AINI BINTI
ZAKARIA. Saya dilahirkan pada tanggal 21 April tahun 1985 di Hospital Machang, kat Kelantan ler. Hobi pulak masa2 lapang,
surf internet, baca paper, dengar radio dll. Banyak sangat ler. Cita- cita pulak rahsia la. Mana leh bagi tau orang….jangan
marah…
Pasal perangai pulak, kalau tanya
kawan2 diorang cakap saya ni pendiam kalau belum kenal dengan saya ni. Tapi kalau dah kenal tak la pendiam sangat. Pecah la
tembelang….ahakss. Saya ni jenis cool….sejuk jer. Tak suka marah- marah. Kalau marah- marah, tension la jadinya.
Pastu, tak leh la nak buat keje kalau dah tension tu. Pastu penah gak Tanya kawan, dia cakap saya ni jenis yang happy sokmo,
macam tak penah ada masalah. Mmmmm….sapa la yang tak penah ada masalah kan? Kalau ada masalah pun, tak penah fikir pun benda tu masalah, think positif,
baru la tak tension. Last- last masalah tu selesai jugak. Lagi apa ek? Malas la nak citer panjang2. Tanya la kawan2 yg rapat
ngan saya, tau la tu. Biasalah, sahabat cermin diri…betul tak?
Ni pulak nak citer pasal family.
Nama ma, Khadijah binti Hasan. Nama abah pulak Zakaria bin Taib. Ma ngan abah dua-dua keje jadi cikgu. Tapi abah dah pencen
dah. Ma pulak dah nak pencen tahun depan. Ma dulu ajar Matematik tingkatan 1, tapi sekarang ni dah pindah ngajar sekolah rendah.
Katanya tak larat dah nak mengajar budak2 besar. Sekarang ngajar Matematik dgn Sains sekolah rendah. Abah pulak dulu mengajar
subjek Kesusasteraan Melayu form 6 dgn Sejarah form 4. Tapi saya tak minat subjek Sejarah, saya minat Matematik dgn Sains.
Mewarisi minat ma la ni. Ahakss...
Abis citer pasal ma dgn abah,
nak citer pulak pasal adik beradik. Saya anak yang ke 4 daripada 9 orang beradik. Kalau diikutkan, saya anak yang ke 6 daripada
11 orang beradik. Tapi 2 orang, abang dan kakak meninggal masa kecik. Sorang abang yang sulong dan sorang lagi kakak sebelum
saya ni. Kakak saya yang sulong, Iryani(Kak Yani) dah kawin, dah dpt pun sorang anak. Huhuhu...dah jadi mak sedara la saya
ni. Nama anak sedara Nurul Syifa'. Abang yang kedua pulak, Muhammad Zamani(Abang Long) dah bertunang, nak kawin tahun depan.
Sekarang tengah keje kumpul duit nak kawin la pulak. Abang yang ketiga, Muhammad Azmi(Abang Ngah) tengah mencari keje lepas
abis belajar kat Politeknik. Lepas tu lak, anak yang ke 4 saya ler. Tak yah kenal la. Adik lepas saya ni, Muhammad Ikhwan,
baru lepas SPM tengah tunggu panggilan UPU, sambil2 tu study form 6 dulu. Yang ke....ke berapa ek??Yang seterusnya la, Muhammad
Azman, form 5 tahun ni, nak amik SPM. Lepas tu form 2, Nurhayati. Yang dua lagi masih sekolah rendah, Muhammad Arif darjah
4 dan Muhammad Zamri darjah 2.
Nak kenal jugak ke anak yang
ke 4 tu? Okla...ni nak citer pasal pendidikan saya la pulak. Mula- mula masa
kecik- kecik, umur 5 tahun dah sekolah dah kat Tabika KEMAS dekat rumah ni jer. Tadika sampai la umur 6 tahun, 2 tahun tu.
Pastu masuk sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Labok, dalam daerah Machang ni jer. Kat SKLabok sampai la darjah 6. Pastu masuk
pulak Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, pun dalam daerah Machang ni jugak. Sebelum sekolah kat SMKA Wataniah ni,
sempat la jugak sekolah kat sekolah YIK, SMU(A) Syamsul Maarif, kat Pulai Chondong. Tapi
sebulan lebih jer. Pastu dah terima SMKA Wataniah ni, pindah la. Kat SMKA Wataniah ni 5 tahun sampai form 5. Lepas abis SPM,
sambung pulak pelajaran kat Kolej Matrikulasi Pahang, kat Gambang, Pahang. Masa ni la baru keluar dari daerah Machang masa
belajar. Lepas setahun kat KMPh ni, kena hantar pulak lebih jauh lagi dari rumah, sampai la saya ke Universiti Putra Malaysia@UPM
sampai la sekarang. Kat UPM ni dapat course Sains Bioperubatan kat Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan.
Dah puas hati dah tahu pasal
diri saya? Dah tau nak citer apa lagi. Kalau nak tahu lagi contact2 la saya yer.